Tun Sri Lanang
Latar Belakang
Tun Sri Lanang adalah nama
timang-timangan yang diberikan kepada Tun Muhammad, anak Tun Ahmad Paduka Raja
yang merupakan seorang Bendahara Kerajaan Johor pada kurun ke-17 Masihi. Beliau
telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565. Beliau adalah Bendahara Johor pada ketika itu dan
setelah Johor kalah dalam peperangan dengan Aceh yang pada ketika itu
diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Aceh. Beliau kemudiannya telah dibawa ke
Aceh pada tahun 1613 dan telah menetap di negeri Samalanga. Pada ketika itu,
ramai bangsawan dan rakyat Johor yang mengikut beliau ke Aceh dan dikatakan
seramai ribuan orang yang mengikut beliau ke sana. Sultan Iskandar Muda telah
melantik beliau sebagai penasihat utama Baginda dan diberi delaran ‘Orang Kaya
Datuk Bendahara Seri Paduka Tun Seberang’. Beliau telah mendirikan pusat
penyebaran agama Islam dan pendidikan terutamanya di negeri-negeri pesisir
timur Aceh. Beliau kemudiannya telah di angkat menjadi raja di negeri Samalanga
pada tahun 1615. Beliau telah mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah
dimakamkan di sana. Pada waktu itu, beliau telah berjaya menjadikan negeri
Samalanga sebagai sebuah pusat penyebaran agama Islam di timur Aceh dan
sehingga kini pun kawasan tersebut masih lagi menjadi tumpuan bagi sesiapa
sahaja yang ingin mendalami ilmu agama.
Tun Sri Lanang sangat dikenali
oleh kerana karyanya iaitu Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)yang
merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa.
Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting kitab
tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun menurut Syeikh Nuruddin
al-Raniri dalam susunan Suzana Othman, 2008 telah memperakukan Tun Sri
Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin kerana
beliau kenal rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan
penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu
pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612
Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber
terkaya dan lengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di
Nusantara.
Mengarang Sejarah Melayu
Tun Sri Lanang mula mengarang
karya Sulalatus Salatin bermula pada tahun 1612 dan lebih terkenal
sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu di samping jawatannya sebagai
Bendahara Kerajaan Johor. Beliau disifatkan sebagai seorang yang kreatif,
berpengetahuan luas dalam aspek penggunaan gaya bahasa dan penulisan, peraturan
dan adat istiadat Melayu. Karya terunggul beliau ini berkait rapat dengan
Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan karya tersebut seringkali dijadikan
rujukan sejarah bagi mengkaji peradaban Tamadun Islam Beraja. Karya Sulalatus
Salatin yang merangkumi pelbagai aspek penceritaan menjadikan ianya
sebagai sumber rujukan utama tentang kebudayaan dan ketamadunan masyarakat
Melayu awal.
Karya
ini juga dianggap sebagai karya yang begitu indah dan menarik dari segi gaya
bahasa dan persuratannya. Kandungannya yang meliputi unsur kelucuan, kebijaksanaan,
sindiran, perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun seloka, dan gurindam yang
dikarang dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Arab, Jawa dan lain-lain
dengan begitu teliti dan kemas. Namun, ia juga tidak terlepas daripada ‘Polemik
Sejarah’ kerana naskhah tersebut didakwa bukan naskhah asal karangan Tun Sri
Lanang tetapi kandungannya adalah daripada Hikayat Melayu yang
diberikan oleh Tun Bambang Sri Narawangsa, anak Sri Askar Raja, Patani. Hikayat
itu dikatakan telah dikarang dan disusun semula oleh Tun Sri Lanang atas titah
Raja Abdullah, iaitu adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III yang akhirnya
menjadi Sulalatus Salatin. Sejarah penting berkaitan arahan dan
galakan oleh Raja Abdullah kepada Tun Sri Lanang untuk menulis dan mengarang
tentang Sejarah Melayu ada tercatat dalam kitab tersebut sebagai mukadimahnya.
Dengan titah Raja Abdullah tersebut, dapat disimpulkan bahawa penulisan kitab Sulalatus
Salatin telah dimulakan pada 12 Rabiul Awal 1021 Hijrah bersamaan Mei
1612 ketika itu Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja.
Karya Sulalatus
Salatin ini juga cuba dinafikan oleh sesetengah pihak tentang penulis
sebenarnya termasuk seorang penulis barat iaitu R. O. Winstedt. Namun, pendapat
beliau di bantah oleh ramai sarjana tempatan dan luar Negara. Menurut Teuku
Iskandar dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Klasik Sepanjang Abad berkata
bahawa Tun Sri Lanang bukan penulis asal Sulalatus Salatin.
Walaupun begitu, menurut beliau berdasarkan penyelidikan-penyelidikan yang
dibuat menunjukkan bahawa penyalin naskhah Melayu itu bukanlah penyalin dalam
erti kata yang sebenarnya seperti mana yang berlaku di Bali. Penyalin juga
boleh dianggap pengarang kerana banyak memperbaiki kesalahan dan menambah
sebarang kekurangan dalam karya, mengurangkan apa yang dirasakan lebih, serta
mengubah struktur dan gaya bahasa karya asal bersesuaian dengan keadaan pada
zaman itu. Jika dilihat semula pada mukadimah yang ditulis oleh Tun
Sri Lanang dalam kitab Sulalatus Salatin, Teuku Iskandar
berpendapat bahawa Tun Sri Lanang bukan sekadar penyalin bahkan merupakan
penulis asal karya tersebut.
Syeikh
Nuruddin al-Raniri juga turut menjadikan Sejarah Melayu sebagai rujukan utama
dalam penulisan karyanya iaitu Bustanatus Salatin (Taman Raja-raja) yang
ditulis pada tahun 1637-1641. Beliau merupakan seorang ulama, penulis terkenal
di Nusantara dan juga sahabat akrab Tun Sri Lanang, turut memetik banyak
perkara daripada Sejarah Melayu, Bab II fasal 12 yang berbunyi
seperti berikut:
“Kata
Bendahara Paduka Raja Tun Sri Lanang yang mengarang kitab misrat Sulalatus
Salatin, ia mendengar daripada bapanya, ia mendengar daripada nenek dan
datuknya, tatkala ada hijrat al Nabi SAW seribu dua puluh esa, pada bulan
Rabiul Awal pada hari ahad, a mengarang hikayat pada menyatakan segala
raja-raja kerajaan di negeri Melaka, johor, Pahang dan meyatakan bangsa dan
salasilah mereka itu daripada Sultan Iskandar Zulkarnain…”
Pendapat
itu juga disokong oleh penulis buku Sejarah Johor, Buyong Adil yang
menyatakan:
“Tun
Sri Lanang selalu berguru daripada ulama terkenal di Aceh seperti Nuruddin
al-Raniri, Tun Aceh, Tun Burhat, Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin
al-Sumaterani. Dengan itu, Syeikh Nuruddin al-Raniri tentu amat mengenali Tun
Sri Lanang”.
Abdul
Samad Ahmad juga dalam Sulalatus Salatin versi beliau, turut
membangkang pendapat R. O. Winstedt dengan hujah-hujah yang kukuh.
Beliau berasa hairan dengan Winstedt yang beria-ia menafikan Tun Sri Lanang
sebagai penulis dan penyusun Sulalatus Salatin sedangkan
Winstedt sendiri ada menyatakan dalam mukadimah edisinya yang berbunyi:
“…Demikian bunyinya titah Yang
Maha Mulia itu, bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara, peraturan
segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya…..Bendahara yang disebutkan itu
tentunya bukan Tun Bambang….”
Beliau
juga menambah, Tun Sri Lanang menulis karya tersebut untuk menggembirakan
rajanya , setelah memohon petunjuk daripada Allah SWT dan Syafaat daripada Nabi
Muhammad SAW. Maka bermulalah penulisan Sulalatus Salatin atau “Pertuturan
Segala Raja-raja” berdasarkan apa yang diceritakan oleh ayahnda
datuknya. Oleh itu, sudah tentu karya tersebut dikarang dengan penuh teliti dan
berhati-hati oleh Tun Sri Lanang dan padanya karya itu cukup sempurna dari
aspek sasteranya.
Teuku
Iskandar dan A. Samad Ahmad juga berpendapat bahawa bukan perkara luar biasa
jika seorang Bendahara dapat mengarang hikayat, jika dilihat semula nendanya
Tun Isap Misai pernah menulis Hikayat Anak Panah Sedasa. Malah
ketokohan dalam bidang penulisan ini juga diwarisi oleh zuriat Tun Sri Lanang
contohnya daripada pujangga Riau seperti Raja Ali Haji. Tun Sri Lanang mula
menumpukan perhatian dalam pengkajian hasil-hasil kesusasteraan Aceh selepas
perang di Batu Sawar pada tahun 1613 apabila beliau ditawan oleh Sultan
Alauddin Riayat Shah III dan dibawa ke Aceh. Oleh sebab itu, beliau mempunyai
masa yang panjang untuk mengkaji dan menelaah hasil-hasil karya tersebut.
Pada
ketika itu juga terdapat beberapa penulis masyhur Aceh seperti Syeikh
Shamsuddin Pasai, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari dan Nuruddin al-Raniri.
Persamaan zaman antara Tun Sri Lanang dengan pengarang-pengarang hebat ini
dapat dikatakan kemungkinan besar mereka sempat bertukar maklumat dan pendapat
antara satu sama lain yang mungkin sedikit sebanyak turut mempengaruhi
penulisan beliau. Melihat kepada bukti-bukti tersebut, dapat ditegaskan bahawa
Tun Sri Lanang adalah pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin dan
karya ini seharusnya diiktiraf sebagai karya asal tulisan Tun Sri Lanang dan
beliau bukan sekadar penyalin semata-mata. Sungguhpun teks Hikayat
Melayu diambil sebahagian daripada kandungannya, namun rujukan bahan,
sumber-sumber primer, serta cerita-cerita lisan yang didengar daripada datuk
neneknya dan daripada pengalamannya sendiri yang disusun dan digarap mengikut
gaya bahasa yang tersendiri dalam pelbagai aspek sastera cukup untuk menjadikan
beliau digelar pengarang Sulalatus Salatin yang
asli.
Tun
Sri Lanang seperti yang dikenali adalah seorang sasterawan Melayu yang terkenal
pada zaman kesultanan Melayu bersama karya agungnya iaitu Sulalatus
Salatin atau Sejarah Melayu. Beliau adalah orang yang
bertanggungjawab mengarang dan meyusun kembali Hikayat Melayu di atas titah
Raja Abdullah pada tahun 1612 dan berjaya menyiapkannya pada tahun 1612.
Kepengarangan beliau tidak dapat disangkal lagi dengan wujudnya pelbagai
fakta-fakta dan bukti-bukti yang menyokong keaslian dan ketulenan beliau
sebagai penulis asal kitab Sulalatus Salatin ini.
Kebijaksanaan dan kepintaran beliau dalam ilmu mengarang jelas terpancar dalam
karyanya apabila beliau berjaya menyampaikan mesej dan pengajaran melalui
kata-kata yang tersusun indah dalam bait-baitnya serta imaginasi lakaran
peristiwa yang dilukis indah dalam kitab tersebut. Maka beliau tidak seharusnya
dianggap hanya sebagai penyalin Hikayat Melayu bahkan sebagai
orang yang mengarang, menulis, memperbaiki dan mempertingkatkan mutu karya awal
sehingga terhasilnya karya agung dalam catatan sejarah Melayu yang dikenali
umum dengan nama Sulalatus Salatin. Dengan itu terserlahlah ilmu
kepengarangan dan persuratan Tun Sri Lanang dalam memartabatkan sejarah
kegemilangan masyarakat Melayu seperti yang tercatat dalam karya agungnya itu.
Rujukan
- Amad Bahri Mardi, Tun Sri Lanang Tokoh Persuratan Melayu: Koleksi
Esei Sejarah. Johor Bahru: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri
Johor.
- Amad Bahri Mardi, Tun Sri Lanang Pengarang atau Penyalin Sejarah
Melayu?. Keratan Akhbar Mingguan Wasilah 17-23 Ogos 2008.
- Muhammad Haji Salleh, Risalah Tun Sri Lanang.
- Prof. Dr. Siti Hawa Haji Salleh, Kepengarangan Tun Sri Lanang.
Assalamualaikum..trma kasih krn sudi berkongsi penulisan sy di blog anda..semoga ia bermanfaat kpd semua..:)
ReplyDeleteassalamualaikum , saya mintak izin untuk menggunakan penulisan pada blog saya terima kasih. info yang bermanfaat.
ReplyDeleteassalamualaikum tuan.
ReplyDeleteBaru ini saya terbaca dalam blog lain tentang Tun Sri Lanang ini. Tentang Sulatus Salatin. Blog dan video ini menyatakan Yun Sri lanang dikatakan proksi kepada penjajah. boleh tuan kupas tentang isu ni.
http://sepatuputih.com/mesti-baca-sungguh-mengejutkan-tun-sri-lanang-pengarang-buku-sejarah-melayu-adalah-tali-barut-portugis/?fbclid=IwAR1l_EEBXqzk1TKA6w7DxSRJHWSrBBC1qIYVuY27uI6lbaWhpzrpqbI83Vc
Assalam, pernah juga tbaca tun sri lanang ni adalah tali barut pd tentera portugis.. Beliau juga punca kekalahan melaka kpd tentera portugis,(mastermind). Dan beliau juga telah mengubah dan menukar jalan cerita tentang sejarah melayu melaka. Beliau berjaya dtangkap oleh tentera aceh dan mendapat pengampunan dr raja aceh semasa itu dan telah pn bertaubat. Waallahu.
ReplyDeletetun sri lanang lahir pada thn 1565, 54 thn slepas kejatuhan melaka kpd portugis.. belum lahir dah jadi punca kekalahan? sdgkan dia lahir ketika era pemerintahan Sultan Johor ke-3, Sultan Muzaffar Shah II, dilantik sbgai Bendahara Paduka raja Johor ketika era Sultan Johor ke-4 dan 5...
DeletePengkhianat bangsa dan agama dipuja2... Na'udzubillahiminzalik..
ReplyDeletePakar kaji sejarah Melayu pun mengatakan Tun Sri Lanang penyebab bantuan utk menyerang portugis gagal...
ReplyDeletetali barut portugis..
ReplyDeletePengkhianat bangsa Melayu
ReplyDeletePengkianat bangsa di agung2 kan
ReplyDeleteTalibarut yahudi
salam...di mana saya boleh mendapatkan buku hikayat tun sri lanang? saya hendak membuat rujukan untuk assignment saya
ReplyDeletesaya peliklah bukan ke Kesultanan Melaka jatuh pada 1511 da Tun Sri Lanang lahir pada tahun 1565 dan dia menjadi bendahara Johor. Macam mana pulak orang boleh tuduh dia sebagai asbab kejatuhan Melaka sedangkan dia dilahirkan selepas 54 tahun kejatuhan Melaka ?
ReplyDelete