TAJUK : HANG TUAH :
LAMBANG SEMANGAT MELAYU.
1.0
ABSTRAK
KAJIAN.
Kajian mengenai Hang
Tuah dalam kertas kerja ini adalah bertumpukan mengenai peranan Hang Tuah yang dilihat sebagai lambang
semangat orang Melayu pada ketika itu. Kertas kerja ini akan menelusuri tiga
peristiwa utama yang telah dipilih bagi membuktikan ketaatan Hang Tuah terhadap
Sultan Melaka. Peristiwa pertama adalah mengenai perkahwinan Sultan Melaka
dengan Tun Teja , kemudian kami mengupas pula peristiwa peminangan puteri
Gunung Ledang dan akhir sekali kertas kerja ini turut membincangkan mengenai
pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat. Diakhir kertas kerja ini akan turut
menganalisis peranan Hang Tuah sebagai satu perlambangan , satu perbandingan
dan sebagai seorang tokoh epik nasional. Sebagai penutupnya , kertas kerja ini
akan mengemukakan pandangan masyarakat moden terhadap Hang Tuah sama ada
relevan atau tidak kewujudan Hang Tuah atau sekadar mitos masyarakat Melayu
Silam semata-mata.
2.0
PENGENALAN
Laksamana Hang Tuah ialah
seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15. Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya bermula pada
tahun 1400 sehingga 1511. Menurut
rekod sejarah, Laksamana Hang Tuah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka iaitu pada tahun 1444. Bapanya
bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga
pernah menjadi hulubalang istana yang
handal suatu ketika duhulu manakala ibunya pula merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana
yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang
amat handal dan tiada tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang rakannya iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama-sama di bawah
pengajaran Adiputra di Gunung Ledang. Setelah selesai menuntut ilmu, mereka berlima
kembali ke kota Melaka. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato'
Bendahara daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum
dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya
mengambil mereka untuk bertugas di istana. Sejak itu Hang Tuah dan
sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan sehinggalah Hang Tuah mendapat
gelaran Laksamana.
Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di
tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya
membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari.
Taming Sari ialah seorang pendekar yang kebal dan tidak dapat dilukakan. Namun
Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada
kerisnya. Oleh itu Hang Tuah telah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari.
Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah.
Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk
dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun
dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas
hasutan Patih Karma Vijaya bagi
dijadikan gundik sultan.
Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat
berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu.
Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang
telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh
Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka. Hang Jebat telah dilantik
oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari
telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang
Tuah menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman
mati. Hang Jebat bertindak menderhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana.
Tindakan Hang Jebat itu tidak dapat dihalang oleh mana-mana pendekar atau
panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat yang telah menjadi kebal kerana
adanya keris Taming Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah
Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang
tidak bersalah. Pada masa inilah, bendahara memberitahu bahawa Hang Tuah masih
hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh
Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas
semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya. Dalam pertarungan
tersebut, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun
begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang
alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa
jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah
yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang
tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenarannya. Tragedi ini masih menjadi
perbalahan orang melayu sampai sekarang.
Kesimpulannya, berdasarkan ringkasan cerita-cerita di atas mengenai Hang
Tuah akan lebih diperincikan lagi dalam tugasan ini. Tugasan ini akan meneliti
kisah perkahwinan sultan Mahmud Syah dan Tun Teja, peminangan Puteri Gunung
Ledang dan pertarungan Hang Tuah dengan Hang Jebat.
3.0
PENJELASAN
KETAATAN HANG TUAH KEPADA SULTAN.
3.1 PERKAHWINAN SULTAN
DENGAN TUN TEJA.
Tun Teja Ratna Benggala atau Tun Teja, merupakan anak perempuan tunggal
Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang ketika pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur
Syah, Sultan Pahang ketiga, sezaman dengan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka ke
8. Tun Teja dikatakan terlalu elok rupa parasnya dan menjadi sebutan
orang-orang yang berdagang di Pahang, namun begitu telah pun ditunangkan dengan
Sultan Pahang. Khabar kecantikan Tun Teja hingga ke pengetahuan Sultan Mahmud
Syah yang ketika itu telah pun kematian isterinya yang pertama, Tun Kecil.
Baginda telah menghantar utusan peminangan ke Pahang namun ditolak oleh
Bendahara Seri Amar Diraja berikutan pertunangan Tun Teja dengan Sultan Pahang.
Tun Teja disebut dalam dua hikayat
Melayu lama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang menyatakan Hang Tuahlah yang
memujuk Tun Teja lari tetapi dalam Sejarah Melayu ia
dikatakan Hang Nadim. Di dalam versi
Hikayat Hang Tuah yang menyebut tentang Hang Tuah yang telah difitnah oleh
orang-orang istana Melaka dan telah membawa diri ke Pahang setelah dinasihati
oleh Bendahara Paduka Raja. Sesampai di Pahang, Hang Tuah telah membuat
perhubungan dengan Bendahara Seri Buana iaitu ayahanda kepada Tun Teja dan Tun
Jenal, adinda Tun Teja. Pada mulanya Tun Teja menolak akan pelawaan perhubungan
dengan Hang Tuah namun setelah diberi ubat guna-guna melalui Dang Ratna, inang
pengasuh Tun Teja yang juga menjadi ibu angkat Hang Tuah.
Hang Tuah mengatakan
hasrat hatinya kepada inang untuk memiliki Tun Teja. Pada asalnya inang merasa
berat hati untuk menyampaikan hasrat hang Tuah itu namun kerana kasihnya
terhadap Hnag Tuah, dia sanggup melakukannya. Inang tersebut merasa gagap untuk
memberitahu perkara yang sebenar kepada Tun Teja dan akhirnya inang itu Berjaya
meluahkan segalanya. Namun, Tun Teja marah dengan kata-kata inang tersebut lalu
disuruhnya dayang-dayang untuk mengocoh mulut inang itu. Apabila inang itu
pulang ke rumah dan memberitahu mengenai Tun Teja yang amat marah dengan hasrat
Hang Tuah itu maka Hang Tuah pun menggunakan ilmu pengasih dengan ‘jebat’ yang
diperolehinya daripada seorang perempuan tua. Hang Tuah menyuruh inang sekali
lagi untuk memalitkan ‘jebat’ itu ditempat Tun Teja duduk.
Sebaik sahaja ‘jebat’ itu
dicalitkan, Tun Teja pada masa itu tidur, terbangun dan mencari-cari inang tua
itu. Tun Teja juga teringin untuk bertemu dengan Hang Tuah. Hang Tuah juga
dapat mengatakan hasratnya untuk pergi ke Melaka selama 3 hari kepada inang dan
juga Tun Teja lalu Tun Teja merasa sedih. Pada malam itu, Tun Teja bertemu
dengan Hang Tuah secara senyap-senyap bersama-sama dengan dayang-dayang melalui
jalan lorong di mana mereka tersesat akibat termasuk ke dalamm lorang yang
salah sehinggakan ada yang menggap bahawa malaikat turun kerana terhidu bauan
yang harum daripada badan Tun Teja sendiri. Tidak lama kemudian, Hang Tuah
menyuruh inang dan juga Tun Teja bersiap sedia pergi ke Melaka bersama-sama
dengan semua dayang-dayang yang ada di Istana yang teramat banyak bersertakan
dengan harta mereka sekali.
Permergian Tun Teja ini
tidak diketahui oleh kedua-dua orang tuanya. Hang Tuah dan juga Tun Teja ini
menumpang kapal Tun Bija Sura dan Tun Ratna Diraja yang kebetulan singgah di
Inderapura. Pada awalnya, mereka tidak membenarkan Tun Teja serta yang lainnya
manaiki kapal mereka Tun Teja itu adalah anak Bendahara Inderapura.
Walaubagaimanapun, mereka akhirnya setuju apabila melihat Hang Tuah marah yang
menyebabkan kapal meraka bergegar seperti hendak terbalik kapal mereka itu.
Berita mengenai Tun Teja dilarikan oleh Hang Tuah heboh dan ini meyebabkan Raja
Inderapura marah lalu mengarahkan laksmana, Seri Maharaja Lela, Tun Jenal dan
juga Tun Pekerma untuk mengikut kapal Hang Tuah itu.
Tun Jenal dan yang
lainnya terpaksa mengundurkan diri kerana kehebatan Hang Tuah dalam memanah
begitu hebat dan tiada tandingannya. Setibanya Di Melaka, gajah yang dibawa
oleh Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura diturunkan. Memandangkan rupa gajah
tersebut begitu baik rupanya sehingga tiada seorang pun yang menyedari Hang
Tuah di mana tangannya diikat olehnya sendiri. Sebaik sahaja gajah tersebut
diberi nama Permata Selan, barulah raja Melaka menyedari kehadiran Hang Tuah
dan Raja Melaka merasa hairan mengapa Hang Tuah boleh berada disitu. Setelah menjelaskan
semuanya, raja Melaka merasa gembira dan menyuruh semua isteri
bendahara-bendahara menjemput Tun teja yang masih berada diatas kapal.
Melihat kehadiran
isteri-isteri bendahara itu datang, tahulah Tun Teja bahawa dirinya akan
dijadikan isteri kepada Raja Melaka bukan isteri Hang Tuah. Segara Hang Tuah
meniup-niup ilmu pembenci kepada Tun Teja supaya dia membenci dirinya dan
menyukai Raja Melaka. Akhirnya, Raja Melaka pun berkahwinlah dengan Tun Teja.
Pada tahun 1511 Portugis menyerang
Melaka. Oleh kerana serangan bertambah hebat, pembesar-pembesar telah
menasihatkan Sultan Mahmud berpindah ke Istana hinggapnya iaitu istana Kayu Ara yang terletak
di Lembah Bertam (Bertam
Hulu). Pada waktu itu Sultan Mahmud telah menyerahkan kerajaannya kepada anaknya
Sultan Ahmad.Ketika di Istana Kayu Ara, Tun Teja telah gering. Pada Waktu
itu serangan Portugis bertambah hebat dan berita Portugis hendak menyerang
Bertam melalui sungai Melaka talah sampai kepada sultan. Sultan telah
diminta mengundurkan diri ke Bentayan (Muar).
Pada waktu
itu Tun Teja sangat gering, Sultan Mahmud telah memerintahkan
orang-orangnya menyediakan tandu untuk menandu Tun Teja ke Bentayan. Dari
Bertam sultan Mahmud dan pengikut-pengikutnya telah bergerak ke Batu Hampar. Bersama-sama Sultan
Mahmud ialah Seri Nara Diraja Tun
Hamzah (Penasihat Raja) dan
Sang Sura (Ketua Angkatan Perang). Selain dari itu ialah
isteri-isteri, kaum kerabat diraja, pebesar-pembesar lain dan pengikut
setianya. Dari Batu hampar mereka dipercayai, berundur melalui laluan Bukit
Katil, Duyung, Teluk Mas, serkam, Umbai dan ke Merlimau. Sepanjang jalan
merentas hutan dan denai mereka sampai di satu kawasan tidak jauh dari pantai.
Mengikut
sumber sejarah, “Setelah beberpa hari
berjalan menuju ke Muar, pada pada
satu tempat yang tidak jauh dari tepi pantai, lalu dengan perintah Sultan Mahmud, angkatan itu
berhenti disitu. Baginda menyuruh membuat tempat perhentian. Kata baginda kepada Sang Sura dan Seri Nara
Diraja, berjaga-jagalah kita di sini sehari dua, beta rasa dinda beta Tun
Teja harus telah sampai saatnya.”
Kawasan
yang di maksudkan itu ialah kawasan Pengkalan Samak, Merlimau yang sekarang. Di
kawasan inilah angkatan Sultan Mahmud singgah sebelum meneruskan perjalanannya
ke Muar. Kawasan ini terletak berhanlir dengan laut. Dahulu kira-kira
20-30 meter sudah sampai ke tepi pantai. Kini pantai sudah jauh ke laut,
kira-kira 100 meter dari Pengkalan Samak. Kampung ini disebut sebagai Kampung
MENTEJA.
“Setelah
Tun Teja dipindahkan di atas hamparan dengan dikelilingi oleh isteri-isteri
baginda yang lain, Sultan Mahmud duduk hampir dengan Tun Teja.tiba-tiba Tun
Teja yang telah beberapa hari tidak berkata-kata memandang baginda dan dan
dengan suara perlahan-lahan cuba hendak menyampaikan permintaan kepada baginda
tetapi sia-sia kerana suaranya tidak kedengaran lagi kemudian gerak bibirnya
berhenti. Masa itu Sultan Mahmud pun tahulah isterinya telah meninggal dunia
..”
Sultan
Mahmud mendakap isteri kesayangannya sambil menangis teresak-esak. Berita
kemangkatan Tun Teja diterima oleh seluruh angkatan Sultan dengan penuh
dukacita. Setelah itu Sultan Mahmud berbincang dengan Seri Nara Diraja, Sang
Sura dan ahli kelurganya bagaimana hendak membawa jenazah Tun Teja ke Muar,
sedangkan perjalanan sangat jauh dan makan masa beberapa hari.
Setelah
berbincang mereka bersetuju yang Tuan Teja hendaklah dimakamkan ditempat itu
juga (Pengkalan Samak, Merlimau) dengan alasan Muar masih jauh, perjalanan
makan masa 4 atau 5 hari, tidak ada kemudahan menyelamatkan jenazah yang
mungkin menjadi terlalu uzur dan tidak menyiksa mayat. Semua bersetuju
dimakamkan di kawasan itu. Kawasan yang dipilih oleh Sultan Mahmud terletak di
sebuah kawasan yang tinggi sedikit di sekitar kawan itu. ( Kawasan ini
sebenarnya kawasan tanah tinggi tetapi apabila diigunakan oleh penduduk
tempatan sebagai aktiviti pertanian kawasan ini telah runtuh akibat dari
dijadikan tempat rehat, Menambat kerbau, menjemur padi, menanam padi, membaja
padi, membut pondok, menyimpan benih dan sebagainya).
Jenazah Tun
Teja selamat dikebumikan dalam keadaan yang serba sederhana. Sultan Mahmud
dan angkatannya tinggal di Merlimau selama tiga hari selepas kemangkatan Tun
Teja. Pada pagi hari yang keempat Sultan Mahmud menziarahi makam Tun Teja dan
selepas berdoa baginda dan angkatannya berangkat ke Muar. Bersemadilah Jenazah
Tun Teja di Solok Menteja, Pengkalan Samak, Merlimau Melaka.
3.1.1 PERISTIWA PENTING.
1.
Hang Tuah
menyuruh inang untuk menyampaikan hasrat hatinya terhadap Tun Teja.
2.
Tun Teja marah
sebaik sahaja inang tersebut menyampaikan hasrat Hang Tuah itu lalu menyuruh
dayang-dayangnya untuk mengocoh mulut inang itu.
3.
Hang Tuah
menyuruh inang itu untuk mencalit ilmu pengasih pada tempat duduk Tun Teja.
4.
Tiba-tiba Tun
Teja merasa rindu terhadap inang tua itu dan juga kepada Hang Tuah lalu
mengarahkan dayangnya supaya memanggil mereka.
5.
Hang Tuah ingin
pergi ke Melaka selama 3 hari dan Tun Teja merasa sedih.
6.
Hang Tuah
mengajak Tun Teja dan inang untuk pergi bersamanya dan mereka bersetuju .
7.
Pemergian Tun
Teja untuk ke Melaka ini tidak diketahui oleh kedua orang tuanya.
8.
Raja Inderapura
marah kerana Hang Tuah melarikan anak bendahara.
9.
Raja Inderapura
mengarahkan orang untuk mengikuti mereka pergi ke Melaka.
10. Tun Jenal terpaksa mengundur diri kerana Hang Tuah merupakan seorang pemanah
yang sangat handal.
11. Gajah yang dibawa oleh Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura diturunkan setibanya
mereka di Melaka.
12. Hang Tuah dihadapkan kepada Raja Melaka.
13. Raja Melaka merasa gembira apabila mengetahui Hang Tuah membawa Tun Teja
bersama sambil memeluk Hang Tuah.
14. Tun Teja menangis kerana dirinya akan dikahwinkan dengan Raja Melaka
bukan dengan Tun Teja.
15.
Hang Tuah
memberikan Tun Teja sejenis sirih supaya dirinya dibenci dan suka kepada Raja
Melaka.
v
UNSUR
PENIPUAN.
Hang Tuah menipu Tun Teja dengan alasan bahawa Hang Tuah menyukai Tun Teja padahal Hang Tuah hanya ingin memperdayakan diri Tun Teja untuk menebus kesalahannya terhadap Raja Melaka memandangkan Raja Melaka sangat menyukai Tun Teja. Oleh itu, Hang Tuah menggunakan ilmu pengasih untuk melembutkan hati Tun Teja supaya dia mahu mengikut Hang Tuah ke Melaka.
Hang Tuah menipu Tun Teja dengan alasan bahawa Hang Tuah menyukai Tun Teja padahal Hang Tuah hanya ingin memperdayakan diri Tun Teja untuk menebus kesalahannya terhadap Raja Melaka memandangkan Raja Melaka sangat menyukai Tun Teja. Oleh itu, Hang Tuah menggunakan ilmu pengasih untuk melembutkan hati Tun Teja supaya dia mahu mengikut Hang Tuah ke Melaka.
v
UNSUR TAAT SETIA.
Hang Tuah menolak gelaran ‘Laksamana’ yang ingin diberikan padanya kerana
Hang Tuah hanya ingin bertuankan anak cucu Duli Syah Alam iaitu hanya ingin
bertuankan kepada Raja Melaka serta keturunannya. Ini menunjukkan bahawa Hang
Tuah merupakan seorang pahlawan yang taat setia yang tiada bandingnya walaupun
banyak gelaran yang ingin diberikan kepadanya.
v
UNSUR KASIH SAYANG.
Inang
kepada Hang Tuah sanggup membahayakan nyawanya hanya kerana kasihnya terhadap
anak angkatnya iaitu Hang Tuah. Inang
dengan takut-beraninya menyampaikan hasratnya hati Hang Tuah terhadap
Tun Teja sebagai bukti bahawa dia amat kasihkan Hang Tuah sepertimana yang Hang
Tuah inginkan. Sebaik sahaja inang menyampaikan hasrat tersebut, Tun Teja
mengarahkan dayamg-dayang untuk mengocoh mulut inang itu. Ini membuktikan
bahawa inang tua tersebut sanggup membahayakan nyawanya demi anak angkat
kesayangannya itu.
3.2 PEMINANGAN PUTERI
GUNUNG LEDANG.
Peristiwa
peminangan Puteri Gunung Ledang merupakan mitos atau lagenda yang sangat
terkenal dalam masyarakat Melayu. Peristiwa ini mengemukakan pelbagai persoalan
hidup yang masih terus dikupas oleh para sasterawan sehingga ke hari ini.
Malahan melalui peristiwa ini pelbagai pengajaran yang dapat dijadikan iktibar
dalam menentukan antara hawa nafsu dan kasih sayang.
Peristiwa peminangan Puteri Gunung
Ledang bermula apabila Sultan Melaka pada ketika itu baru sahaja kehilangan
permaisuri tercintanya kerana mangkat. Disebabkan oleh kebesaran dan kemasyuran
negeri Melaka pada ketika itu , baginda sangat berkendakkan seseorang yang luar
biasa menjadi permaisurinya. Kehendak seorang Sultan harus dipenuhi kerana
kepercayaan masyarakat Melayu pada ketika itu pantang rakyat derhaka kepada
Sultannya. Perintah Sultan harus dipenuhi tidak mengira samaada wanita yang
ingin dikahwininya itu tunang lelaki lain ataupun isteri lelaki lain.
Disebabkan itu , para menteri Melaka pada ketika itu berbincang dan
bertukar-tukar pendapat hendak memutuskan siapakah yang paling layak untuk
menggantikan tempat permaisuri. Perkara ini ada dicatatkan dalam Sulalatus Salatin halaman 213.
Petikannya ialah :
Jikalau kita hendak
beristerikan sama ada anak raja , raja yang lain adalah ; yang kita kehendaki
barang yang tiada pada raja-raja lain , itulah yang hendak kita peristeri. Akan
sekarang kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang : Laksamana dan
Sang Setialah kita titahkan.
Setelah keputusan dicapai , mereka
telah memutuskan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang pada
ketika itu digambarkan sangat cantik rupa parasnya. Puteri Gunung Ledang sangat
terkenal namun tidak ada sesiapa yang dapat menawan hatinya. Bagi memenuhi
titah Sultan , Hang Tuah , Sang Setia , Tun Mamat dan rombongannya telah
dikerahkan untuk pergi meminang Puteri Gunung Ledang.
Perjalanan ke mendaki Gunung Ledang
bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka terpaksa berhadapan dengan tiupan angin
yang kuat dipertengahan jalan mendaki Gunung Ledang. Oleh kerana usia Hang Tuah
yang telah tua pada ketika itu , dia tidak lagi mampu untuk meneruskan
pendakian dan meminta agar Tun Mamat sahaja yang terus mendaki ke puncak Gunung
Ledang. Setibanya Tun Mamat di puncak Gunung Ledang , dia bertemu dengan dayang
utama Puteri Gunung Ledang iaitu Dang Raya Rani. Tun Mamat pun menyatakan
hasrat Sultan untuk meminang Puteri Gunung Ledang untuk menjadi permaisurinya.
Setelah hasrat itu dinyatakan , Dang Raya Rani ghaib dan muncul pula seorang
wanita tua yang memperkenalkan dirinya sebagai nenek kebayan. Nenek Kebayan
menyatakan persetujuan Puteri Gunung Ledang untuk menjadi permaisuri Sultan
namun beliau mengenakan beberapa syarat. Syarat-syarat yang diminta oleh Puteri
Gunung Ledang ada dinyatakan dalam teks Sulalatus Salatin halaman 215 iaitu:
Adapun segala kata tuan
hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada tuan Puteri Gunung
Ledang ; akan titah puteri , “ jikalau Melaka hendakkan aku , perbuatkanlah aku
jambatan emas satu dan jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang
itu. Akan peminangannya hati nyamuk tujuh dulang ; hati kuman tujuh dulang ;
air mata setempayan ; air pinang muda setempayan ; darah anak raja yang bernama
Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau ada demikian kabullah tuan puteri akan
kehendak raja itu”
Setelah
itu rombongan peminangan Puteri Gunung Ledang pun kembali ke Melaka dan
menyampaikan pesanan tersebut kepada Sultan Melaka. Segala usaha telah
dilakukan bagi memenuhi permintaan Puteri Gunung Ledang itu namun hanya satu
permintaan tidak dapat direalisasikan iaitu darah Raja Ahmad. Raja Ahmad pada
ketika itu masih kecil dan Sultan tidak sanggup untuk mengambil darah anak
baginda semata-mata mahu memenuhi hasrat hatinya memiliki Puteri Gunung Ledang.
Menerusi
peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang ini beberapa persoalan dalam kisah
ini dapat dikupas. Antaranya ialah kisah ini mempersoalkan kesetiaan rakyat
terhadap raja pada ketika itu. Menjadi kewajipan bagi rakyat untuk mematuhi
arahan Sultan pada ketika itu. Sesiapa yang ingkar perintah Sultan akan
dianggap derhaka dan akan ditimpa tulah raja. Walaupun permintaan Sultan
adakalanya tidak munasabah , rakyat tidak berhak untuk membantah titah Sultan.
Hal ini jelas terbukti apabila Tun Mamat berusaha bersungguh-sungguh untuk terus
mendaki Gunung Ledang walaupun terpaksa berhadapan dengan angin yang kuat demi
memenuhi titah Sultan. Malahan peranan rakyat yang sama-sama berganding bahu
cuba memenuhi syarat yang boleh dianggap tidak masuk akal itu membuktinya
taatnya rakyat kepada golongan pemerintah.
Selain
itu , persoalan kasih sayang juga diperlihatkan menerusi peristiwa ini. Puteri
Gunung Ledang sengaja meletakkan syarat-syarat yang tidak masuk akal dalam
usahanya menolak peminangan Sultan Melaka. Malahan syarat terakhir iaitu darah
Raja Ahmad semangkuk sengaja dikemukakan bagi menguji kasih sayang Sultan
terhadap puteranya. Puteri Gunung Ledang sengaja mahu melihat samaada
sanggupkah Sultan mengorbankan darah anaknya yang masih kecil itu demi memenuhi
keinginan hawa nafsunya. Ternyata Sultan Melaka tewas dan tidak mampu untuk
memenuhi syarat tersebut. Baginda akhirnya memutuskan membatalkan hasratnya
meminang Puteri Gunung Ledang. Hal ini ada dinyatakan dalam Sulalatus Salatin :
“Semua kehendaknya itu
dapat kita adakan, mengeluarkan darah anak kita juga itu apatah daya, kerana
tiada sampai hati kita”.
Nahtijahnya , peristiwa peminangan
Puteri Gunung Ledang ini banyak memberikan pengajaran kepada Sultan Melaka.
Tidak semua hasrat hatinya dapat dipenuhi walaupun baginda raja yang berdaulat.
Malahan kebijaksanaan Puteri Gunung Ledang meletakkan syarat yang tidak masuk
akal dalam rencananya menolak lamaran Sultan Melaka wajar dipuji. Tindakkannya
sangat berhemah dan dan bak kata pepatah bersifat serampang dua mata. Walaupun ianya kelihatan seperti tipu helah
namun tindakan seperti ini sahaja yang mampu menumpaskan nafsu Sultan Melaka
yang mahukan isteri yang ramai.
3.3 PERTARUNGAN HANG
TUAH DENGAN HANG JEBAT.
Maka dilihatnya segala
rakyat dalam negeri Melaka itu Laksamana raja membunuh si Jebat itu. Maka kata
orang yang banyak itu, “marilah kita melihat temasya Laksamana dititahkan raja
membunuh Si Jebat itu. Sekali ini baharulah Si Jebat beroleh lawan, sama
berani, dan sama tahu, kerana Laksamana pun banyak tahunya”. Maka kata seorang
pula, “Si Jebat pun tahu banyak maka ia tiada dapat dilawan”. Maka kata seorang
pula, “Apatah kita perbantahkan? Kita lihat sekarang siapa mati siapa hidup pun
bertentulah kerana laksamana hulubalang besar, sudah ia bercakap ke Bawah Duli
Yang Dipertuan masakan ia kembali sahaja”. Hatta dengan demikian maka Laksamana
pun sampailah ke balai gendang.
Maka Laksamana berhenti di balai Gendang mendengar bunyi
rebana itu terlalu ramai Si Jebat makan minum dengan segala isi istana. Setelah
dilihatnya hampir tengah hari, maka didengar oleh Laksamana bunyi rebana dan
redap itu berhenti, hingga bunyi rebana kecil juga lagi bunyinya mengulit Si
Jebat tidur. Maka Laksamana pun tahulah akan Si Jebat tidur itu. Maka Laksamana
pun melihat ketika dan edaran. Setelah sudah sampainya ketikanya maka Laksamana
pun turun dari balai gendang itu lalu berjalan masuk ke dalam pagar lalu
berdiri di tengah halaman istana itu.
Begitu sedikit sebanyak kisah
berkenaan pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat yang terkandung di dalam
Hikayat Hang Tuah. Hal ini segala-galanya bermula daripada fitnah yang diterima
oleh Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah telah difitnah berzina dengan Melor iaitu
gundik kepada Sultan pada masa tersebut. Hang Tuah dan Melor telah dihukum
bunuh oleh pihak Sultan tanpa diusul periksa terlebih dahulu. Sebenarnya fitnah
ini telah dirancang oleh Tun Ali yang telah menangkap Melor yang turun dari
Gunung Ledang untuk mencari Hang Tuah yang ketika itu berada di Pahang. Atas
muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah pulang dari Pahang dan akhirnya berjumpa
dengan Melor. Perkara tersebut kemudiannya diketahui oleh Sultan Melaka dan
baginda memerintahkan kedua-dua mereka dihukum bunuh. Namun, hukuman mati tidak
dijalankan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikan di satu tempat di
Hulu Melaka.
Selepas ketiadaan Hang Tuah, Hang
Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana bagi menggantikan Hang Tuah
dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Berperanan sebagai
kawan baik kepada Hang Tuah, Hang Jebat yang melihat Hang Tuah telah dianiaya
sehingga dia dihukum bunuh telah bertindak untuk menderhaka kepada Sultan.
Kemudiannya Hang Jebat telah mengambil alih dan menguasai kawasan istana.
Disebabkan tiada satu pun pendekar atau panglima yang berada di Melaka pada
masa itu yang mampu untuk melawan Hang Jebat, Hang Jebat mampu untuk melakukan
apa sahaja. Hal ini di tambah pula Hang Jebat yang menjadi kebal kerana adanya
hikmat keris Taming Sari di tangannya.
Bagi mendapatkan perlindungan,
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada
masa tersebutlah bagnida baru merasa menyesal kerana telah menjalankan hukuman
bunuh terhadap Hang Tuah yang sebenarnya tidak bersalah. Bendahara menggunakan
kesempatan ini untuk menjelaskan kepada Sultan perkara yang sebenar. Bendahara
memberitahu kepada Sultan bahawa Hang Tuah masih lagi hidup dan tidak dibunuh.
Hang Tuah kemudiannya diperintahkan oleh Sultan untuk balik semula ke Melaka
bagi menewaskan Hang Jebat.
Raja Melaka sangat gembira menyambut
kepulangan Hang Tuah, tambahan lagi baginda sangat rindu kepadanya. Bagnida memberikan
ayapan baginda kepada Hang Tuah bagi menunjukkan bahawa baginda sangat sayang
kepada Hang Tuah. Baginda menitahkan supaya Hang Tuah beradu tenaga dengan Jebat
kerana baginda tidak tahan dengan penderhakaan Hang Jebat. Hang Tuah terpaksa
mengambil masa lima hari lima malam untuk berehat kerana badannya terasa lemah
kerana sudah empat bulan tidak bermain senjata.
Hang
Tuah menyuarakan kepada Sultan supaya keris Taming Sari diserahkan kembali
kepadanya, tetapi keris tersebut telah diserahkan kepada Hang Jebat semasa Sultan
Melaka menitahkan Bendahara Paduka Raja untuk membunuh Hang Tuah. Selagi keris
tersebut berada di tangan Hang Jebat, tidak seorang pun akan dapat menumpaskannya.
Sultan Melaka mencadangkan supaya Hang Tuah
menggunakan keris-keris baginda yang lain. Hang Tuah mencuba semua keris Taming
Sari. Akhirnya Sultan Melaka pun menitahkan Hang Kasturi supaya mengambil keris
yang dianugerahkan oleh ayahanda Hang Tuah di Bukit Siguntang buat Hang Tuah.
Di
istana Melaka, Hang Jebat menyambut baik akan kedatangan Hang Kasturi atas
sebab hubungan persahabatan baik mereka sejak kecil. Hang Kasturi melaksanakan
titah seperti yang dititahkan kepadanya. Hang Jebat pun mengambil keris tersebut
dan menyerahkan kepada Hang Kasturi. Keesokan tengahari harinya, sewaktu Hang Jebat
sedang tidur, Hang Tuah diiringi 40 orang pengawal dan berbekalkan keris pusaka
raja Melaka, pergi ke istana Melaka untuk
membunuh Hang Jebat. Kemudiannya Hang Jebat terjaga dari tidurnya apabila
terdengar huru-hara suara dayang-dayang istana seramai 700 orang bising kerana
ketakutan. Kehadiran Hang Tuah di tengah-tengah taman istana sangat mengejutkan
Hang Jebat dan beliau menganggapnya hanya mimpi kerana apa yang dia tahu Hang
Tuah telah mati.
Sebelum
Hang Tuah memasuki istana, Hang Jebat menutup semua 40 pintu istana dan
membunuh 40 pintu istana dan membunuh semua perempuan dalam istana kecuali Dang
Baru yang sedang mengandung tujuh bulan. Hang Tuah menyuruh Hang Jebat membuka
kedua-dua daun pintu kerana bimbang akan tipu helahnya. Hang Tuah pun melompat
ke dalam istana dan bermulalah pergelutan di antara dua sahabat ini.
Dalam
pergelutan itu, Hang Tuah gagal untuk menikam Hang Jebat kerana keris Taming
Sari masih berada di tangan Hang Jebat, sebelum meneruskan pertikaman, Hang Jebat
meminta agar semua pengawal istana tidak menjolok lantai istana dengan
menggunakan lembing dan memberitahu tentang kehamilan Dang Baru. Dua sahabat
yang mengaku bersaudara ini terpaksa bertarung di atas talam kerana khuatir
akan jolokan dari bawah. Sebelum memulakan pertarungan, Hang Jebat berwasiat
kepada Hang Tuah, jika Dang Baru melahirkan seorang anak lelaki hendaklah
dijadikan pengawal kepada Tun Nadim iaitu anak Hang Tuah. Manakala sekiranya
seorang perempuan,bagikan anak itu kepada ibunya, Dang Baru.
Apabila
penat bertarung, dua sahabat ini pun berehat. Hang Jebat yang terleka semasa berehat
telah diambil kesempatan oleh hang tuah
untuk mengambil keris Taming Sari dari pinggang Hang Jebat. Hang Tuah
membalingkan keris yang digunakan sebelum ini ke arah Hang Jebat sebagai
pertukaran serta adil dan pergelutan diteruskan. Akhirnya Hang Jebat telah
terkena tikaman keris Taming Sari dari Hang Tuah. Setelah pergelutan berakhir,
Hang Tuah membalut luka Hang Jebat terlebih dahulu sebelum beliau pulang ke
rumah.
Hang
Jebat yang bermandikan darah menutup semua pintu istana untuk berehat dan
berjumpa isterinya. Orang ramai yang menyaksikan pertikaman tersebut terkejut
kerana Hang Jebat masih hidup. Hang Jebat kemudiannya mengamuk di tengah pasar
negeri Melaka menyebabkan beribu-ribu orang mati terbunuh termasuk lelaki dan
perempuan. Hang Kasturi menjenguk Hang Tuah di rumah atas titah Sultan Melaka.
Hang Kasturi diberitahu oleh Dang Kamala bahawa Hang Tuah sedang berkhalwat dan
tidak boleh bercakap selama tiga hari tiga malam. Berita tersebut disembahkan
kepada Sultan. Hang Tuah kemudiannya pergi ke sungai setelah mendapat tahu
tentang pengamukan Hang Jebat di pasar.
Setelah
Hang Jebat terdengar suara Hang Tuah, dia terus mendapat Hang Tuah meminta
supaya dirinya dibuang ke sungai. Hang Tuah berasa simpati dengan Hang Jebat
lalu membawanya bersama pulang ke rumah. Hang Tuah membuka balutan lukanya dan
darah pun keluar dengan banyaknya lalu Hang Jebat pun mati di pangkuan Hang Tuah. Mayat Hang Jebat telah
digantung di tengah-tengah jalan besar selama tujuh hari tujuh malam untuk
dijadikan tontonan ramai. Sultan Melaka bertambah sayang kepada Hang Tuah dan
ini menimbulkan lagi perasaan iri hati para pegawai dan pertuanan istana tetapi tidak berani
untuk menyuarakannya kerana Bendahara dan Temenggong sayangkan Hang Tuah.
Dang
Baru melahirkan anak lelaki yang di beri nama Hang Kadim setelah dua bulan Hang
Jebat meninggal. Sultan menitahkan supaya Hang Kadim dibuang ke laut, tetapi dihalang
oleh Hang Tuah kerana Hang Jebat telah memberi wasiat agar anak itu dipelihara.
Hang Tuah telah mengadap Tun Teja dan memohon kurnia supaya Hang Kadim itu
dihantar ke Indepura untuk dijaga oleh Ayahanda Tun Teja.
Dalam
pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah sedaya upaya untuk membela
sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah menurut titah
Sultan padahal sebelum itu Sultan telah menghukum bunuh kepada Hang Tuah tanpa
sebarang bukti. Jika dilihat daripada sudut Islam, Abu Bakar Siddiq R.A juga
berkata kepada orang-oramg Islam bahawa jika raja bersalah, rakyat boleh
menjatuhkannya. Dapat dilihat bahawa kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir
sesungguhnya Allah S.W.T lebih berkuasa dari Sultan dan memang tidak salah Hang
Jebat cuba untuk menegakkan kebenaran. Peristiwa ini sebenarnya masih lagi
menjadi perbalahan dan kajian kepada orang Melayu sehingga hari ini.
Namun
begitu, terdapat juga pengkaji atau penganalisis Hikayat Hang Tuah yang
menyokong tindakan oleh Hang Tuah. Hal ini disebabkan kerana Hang Jebat bukan
sahaja derhaka kepada Sultan bahkan telah membunuh ramai orang dan rakyat
jelata yang tidak bersalah dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh negeri
Melaka. Tinadakan Hang Tuah mungkin satu tindakan yang berupa hukuman yang juga
boleh dianggap sebagai hukuman bunuh terhadap orang yang melakukan pembunuhan
atau pembunuh.
4.0
OBJEKTIF
KAJIAN
1.
Menganalisis perwatakan Hang
Tuah serta dasar-dasar perjuangannya.
2.
Menganalisis kesan sistem
feudal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
3.
Menganalisis dilema antara
semangat setiakawan Hang Tuah dan ketaatannya kepada sultan.
4.
Menganalisis kebenaran Hang
Jebat menegakkan keadilan.
5.0
ANALISIS
DAPATAN.
5.1 HANG TUAH SEBAGAI
SATU PERLAMBANGAN.
Hikayat
Hang Tuah memperkenalkan Hang Tuah dengan memberikan butir- butir peribadinya
seperti nama ibu bapanya. Ibunya bernama Dang Merdu Wati manakala bapanya pula
bernama Hang Mahmud. Mereka sekeluarga berasal dari Sungai Duyong. Semasa
kecil, Hang Tuah tinggal di Kampung Bendahara Tun Perak dan mempunyai empat
orang sahabat iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu.
Mereka bersama- sama mempelajari ilmu agama, pelayaran dan pencak silat. Hang
Tuah juga dikatakan berketurunan daripada “orang yang berasal juga” sebelum
Hang Tuah masuk berkhidmat di istana raja sebagai ‘biduanda dalam’, beliau
telah selalu mengadap Bendahara untuk memperhambakan diri, dan dengan
pengalaman itu, beliau mengetahui tentang cara bahasa orang istana.
Dalam
Sejarah Melayu, Hang Tuah digambarkan sebagai seorang wira yang mempunyai watak
yang unggul, serba boleh dan sempurna. Beliau seorang yang gagah perkasa,
bijak, pintar, tajam fikiran, jauh pandangan dan mempunyai banyak muslihat
sebagai seorang pahlawan di dalam menwaskan musuhnya. Hang Tuah dikatakan
merupakan seorang manusia yang begitu baik sama ada dari segi jasmani, rohani,
pemikiran, tindakan dan cara berbudaya dengan orang lain.
Martabat
Hang Tuah meningkat oleh kerana perwatakannya, kecerdasan otaknya serta
kegagahannya. Hang Tuah telah dianugerahkan gelaran ‘laksamana’ oleh dua pihak
yang berasingan. Pertama, oleh Betara Majapahit apabila beliau telah berjaya
menumpaskan Taming Sari dan kedua, oleh Sultan Melaka kerana setiabaktinya
membawa Tun Teja dari Indrapura. Dilihat dari segi fungsi laksamana, Hang Tuah
muncul sebagai tokoh yang berkuasa dan menjamin kesejahteraan Negara Melaka.
Hang Tuah juga adalah johan hulubalang Melayu. Melalui watak Hang Tuah,
terlukis satu gambaran hulubalang Melayu di zaman Melayu lama. Seorang
hulubalang, bukan sahaja mesti pantas bermain keris, tetapi perlu pandai
menunggang kuda dan gajah.
Hang
Tuah dianggap sebagai lambang semangat bangsa Melayu. Beliau dianugerahkan
dengan gejala kebal maut. Sifat tidak boleh dibinasakan oleh senjata ini adalah
disebabkan oleh beliau memiliki keris Taming Sari dan hasil- hasil ilmu yang
diperolehinya daripada beliau berguru sebanyak dua kali.
5.2 HANG TUAH SEBAGAI
SATU PERBANDINGAN.
Jika
dianalisa perjalanan hidup Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah, ia boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah jalan hidup Hang Tuah
sebelum terbentuknya Melaka, tegasnya ketika di Bentan, bahagian kedua adalah
berhubungan dengan kemashyuran Melaka. Bahagian kedua adalah mengenai dongeng-
dongeng sejarah Hang Tuah dengan bangsa- bangsa asing. Ketiga- tiga bahagian
ini, merupakan satu kebulatan iaitu sejarah bangsa Melayu. Hal ini kerana,
didapati ada keselarasan di antara bahagian satu, dua dan tiga, jika dikaji
dari aliran sejarah bangsa Melayu. Dari sudut susunan yang terdapat mengenai
jalan hidup Hang Tuah dalam hikayat itu, beliau adalah simbol sejarah masa
gemilang itu.
Semasa
pusat pemerintahan Melayu masih bertempat di Bentan, bangsa Melayu masih lagi
dalam permulaan sejarahnya. Dalam susunan pemerintahan di Bentan, tidak ada
satu- satu jawatan yang diberi gelaran ‘Laksamana’, tetapi dengan terdirinya
negeri Melaka, lambat laun bangsa Melayu menaiki tangga kejayaan hinggakan
terbentuk satu jawatan yang digelar Laksamana, dan Hang Tuah menyandang jawatan
itu. Kejayaan Hang Tuah dapat dilihat daripada lagenda- lagendanya dengan
Majapahit dan negeri- negeri dagang.
“Laksamana”
adalah tokoh yang terpenting lagi tinggi tinggi kedudukannya dalam masyarakat
Melayu, oleh kerana bangsa Melayu merupakan kuasa laut pada ketika itu.
Jikalau, dalam Sejarah Melayu, Hang Tuah menyeberangi perairan yang terletak di
alam Melayu sahaja, di dalam Hikayat Hang Tuah, beliau seorang utusan yang yang
boleh ke mana- mana sahaja. Hang Tuah bukan sahaja dapat mengembangkan
kekuasaan Melayu di sekitar Tanah Melayu, malah beliau berjaya mewujudkan
hubungan diplomatik ke seluruh tanah lawatannya.
Selain
itu, Hang Tuah digambarkan sebagai kehidupan di zaman feudal iaitu beliau
mempunyai semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dan jiwa yang pantang
derhaka kepada pemerintah. Semangat kesetiaan dan jiwa yang pantang derhaka ini
adalah sendi- sendi atau dasar corak masyarakat feudal.
5.3 HANG TUAH SEBAGAI
TOKOH EPIK NASIONAL.
Epik
ialah prosa panjang yang disampaikan dalam bentuk naratif atau cerita yang
mengisahkan keperwiraan seseorang pahlawan atau tokoh penting dalam sejarah.
Pusat penceritaannya adalah mengenai wira dan keperwiraannya dalam satu siri
pengembaraannya yang berjaya menempuh pelbagai halangan. Tokoh yang diceritakan
seorang wira lagenda yang penting dan benar-benar wujud dalam sejarah. Selain
itu, tokoh yang diceritakan perlu memiliki sifat-sifat berani, taat setia,
bijaksana dan gagah perkasa yang luar biasa berbanding dengan individu-individu
lain dalam masyarakat. Menurut Kasim Ahmad, Hikayat Hang Tuah sebuah epik.
Hikayat
Hang Tuah (1874) dipandang sebagai karya agung kesusasteraan Melayu lama. Karya
ini menceritakan peristiwa dari abad ke-15 hingga ke-17. Hikayat Hang Tuah merupakan
epik Melayu yang bukan sahaja terkenal dalam kalangan bangsa Melayu tetapi juga
di seluruh rantau Nusantara. Hikayat ini menggambarkan wira agung Melayu yang
diperlihatkan mempunyai ciri-ciri hebat sebagai seorang wira pada zaman
kesultanan Melayu. Watak utamanya, iaitu Hang Tuah adalah simbol kesetiaan
orang Melayu kepada rajanya. Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melaka menjadi
pahlawan Melaka yang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan yang luar biasa dan
mengagumkan. Pahlawan Hang Tuah ini menjadi tokoh lagenda yang amat disanjung
oleh orang Melayu.
Hikayat
Hang Tuah ini mencatatkan keperwiraan Hang Tuah. Hang Tuah mewakili zaman dan
bangsanya merupakan tokoh yang gemilang dari segi perjalanan hidup dan
pencapaiannya. Tidak menafikan bahawa Hang Tuah sangat dihormati dan sangat
disanjungi tinggi oleh masyarakat. Bukan begitu, Hang Tuah sebagai seorang wira
yang berwibawa dunia Melayu sangat popular dan terkenal dalam kalangan
masyarakat kini. Jadi, Hang Tuah seorang tokoh epik yang memiliki sifat-sifat
luar biasa dan gagah berani. Buktinya, Hang Tuah sejak kecil telah
memperlihatkan kebolehan yang istimewa dari segi fizikal dan mentalnya. Bakat
luar biasa yang semula jadi itu diperkemaskan lagi dengan ikhtiar Hang Tuah
sendiri. Dengan ini, Hang Tuah mempelajari ilmu silat bagi mempertahankan diri
dan ilmu batin untuk mengalahkan musuh-musuhnya. Penguasaan ilmu silat dan ilmu
batin itu berjaya memperlengkapkan diri Hang Tuah menjadi seorang pahlawan yang
gagah berani.
Pendek
kata, Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik kebangsaan. Epik ini telah mengemukakan
watak Hang Tuah sebagai tokoh agung bagi bangsa Melayu dan sebagai lambang
kemegahan dan kekuatan bangsa Melayu.
6.0 PENUTUP.
Kesimpulannya,
berdasarkan penelitian yang telah dilakukan melalui tugasan ini dapatlah
disimpulkan bahawa Hikayat Hang Tuah ini merupakan salah satu lambang keagungan
bangsa Melayu. Hikayat Hang Tuah juga telah menunjukkan satu perlambangan
bahawa bangsa Melayu itu yang taat akan sultannya. Bangsa Melayu pada zaman
keagungannya sememangnya merupakan salah satu bangsa yang megah dan kaya dengan
adat istiadatnya.
Selain itu juga sekirannya
diperincikan lagi mengenai Hikayat hang Tuah ini, para pengkaji menganggap
karya tersebut mungkin ditambah dengan mitos ataupun bahan-bahan yang
menyimpang daripada sejarah sebenar. Para pengkaji menganggap bahawa
pengkisahan sejarah Hang Tuah yang dianggap sebagai pahlawan yang hebat yang
luar biasa hanyalah untuk mengangkat keagungan bangsa Melayu ketika itu. Di
samping itu juga tujuan penceritaan kisah Hang Tuah ini juga adalah untuk
menunjukkan tentang kehebatan rakyat Melaka kepada kerajaan Majapahit ketika
itu.
Di samping itu juga, Hikayat Hang
Tuah juga sekiranya diteliti dengan lebih mendalam lagi, ramai pengkaji percaya
bahawa penceritaannya dibuat adalah untuk mengkritik sultan secara kiasan.
Pengkaji juga menyatakan bahawa sultan yang dianggap sebagai wakil tuhan
dikritik secara halus dalam penceritaan Hikayat hang Tuah. Sebagai contoh,
pertarunganan Hang Tuah dan Hang Jebat yang menunjukkan ketaatan Hang Tuah yang
begitu taat kepada sultan yang tidak adil sehinggakan sanggup membunuh
saudaranya Hang Jebat.
Kesimpulannya, kweujudan Hang Tuah
ini telah menimbulkan keraguan ramai pengkaji. Kepelbagaian versi Hang Tuah ini
juga telah menyebabkan kesahihan dan kebenarannya tidak dapat dipastikan oleh
pengkaji. Namun terdapat juga yang menganggap bahawa Hang Tuah ini wujud tetapi
kehebatannya yang luar biasa hanyalah rekaan semata-mata. Penceritaan hanyalah
sebuah karya yang bertujuan untuk mengangkat martabat dan kehebatan bangsa
Melayu ketika itu. Hal ini sebenarnya sama dengan pengkaryaan pada zaman moden
seperti pengkaryaan dalam perfileman. Sebagai contoh cerita ‘Spiderman’ yang
dibuat untuk mengangkat kehebatan rakyat Amerika.
7.0
BIBLIOGRAFI.
A.Samad
Ahmad (2003). Edisi Pelajar Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Sarji (2004). Hang Tuah Tokoh
Epik Nasional. Selangor , Pelanduk Publications (m) Sdn.Bhd.
D.Kathiresan (1998). Kajian Teks Sastera : Sulalatus Salatin :
Sejarah Melayu. Petaling Jaya, Longman.
Mohd Jasmin Bin Jasni , (2006). Kupasan Grafikal kesusasteraan Melayu :
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) STPM , Kuala Lumpur. Marshall Cavendish
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Mohd Yusoff Hashim (2008). Hang
Tuah Wira Melayu. Melaka, Istitut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia
(IKSEP).
Mohd
Suhaimie Bin Muhammad (2008). Falsafah dan Logika Pengajian Melayu. Diperoleh
pada Oktober 28, 2011 daripada http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.scribd.com%2Fdoc%2F5357457%2FTUN-TEJA-JATUH-CINTA-KEPADA-HANG-TUAH&h=JAQHnOjP0
Nisrawani Yahaya (2003). 101 Puteri Dunia Melayu : Sejarah Dan Lagenda.
Kuala Lumpur, Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Portal
Rasmi Kerajaan Negeri Melaka (2009). Makam Tun Teja. Diperoleh pada Oktober 28,
2011 daripada http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.melaka.gov.my%2Fbm%2Fpelancongan-12subsektor%2F230-makam-tun-teja.html&h=JAQHnOjP0
Ramizah
Mohd Azri (2009). Bab 17: Hang Tuah Bertikam dengan Hang Jebat. Diperoleh pada
Oktober 29, 2011 daripada http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fsmsohhtb3.blogspot.com%2F...rabu&h=JAQHnOjP0
Tun
Teja (2004). Diperoleh pada Oktober 28, 2011 daripada http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.flickr.com%2Fphotos%2Fwanahfong%2F3731109664%2F&h=JAQHnOjP0
.
Boleh di jelaskan disini kesetiaan kpd sultan melaka itu adalah 'KESETIAAN KEPALA BUTUH'
ReplyDelete