NILAI-NILAI
INSAN YANG TERKANDUNG DALAM
HIKAYAT
RAJA PASAI
1.0
PENGENALAN
“Dalam konteks dunia global, modal insan
bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan”. Demikianlah
di antara ungkapan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). kerajaan
tetap memberi penekanan kepada pembangunan modal insan bagi memastikan Malaysia
terus berdaya saing pada masa depan, khususnya ketika menjadi negara maju
menjelang 2020. Seperti beberapa dasar terdahulu yang dikemukakan Mantan Perdana
Menteri itu, iaitu Islam Hadhari dan pelan integriti nasional, pembangunan
modal insan dalam RMK-9 juga dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan
bersepadu.
Menyeluruh
yang disebutkan itu juga merangkumi pelbagai lapisan masyarakat dan golongan
seperti golongan sederhana mahupun kaya juga terdiri daripada peringkat umur
yang muda bermula dari kanak-kanak sehinggalah ke umur dewasa. Tidak ada
istilah terlambat dalam memupuk modal insan seseorang itu. Walau bagaimanapun,
golongan yang berada di peringkat muda iaitu golongan murid-murid sekolah
rendah, menengah dan tinggi diberi penekanan dan tumpuan yang lebih dalam
perkara membangunkan modal ini kerana golongan-golongan inilah yang bakal
membentuk satu pemerintahan yang baharu bagi menggantikan pemimpin yang ada
pada masa sekarang. Selain membentuk pemerintahan yang baharu, modal insan ini
juga penting untuk dibentuk bagi melahirkan masyarakat yang lebih maju dan
berfikiran rasional.
Dalam
membentuk modal insan dalam kalangan pelajar ini, pelbagai pendekatan yang
boleh digunakan seperti kempen kesedaran oleh kerajaan, program-program
kemasyarakatan dan melalui pembelajaran pelajar terhadap genre sastera Melayu
tradisional. Memang agak menimbulkan tanda tanya apabila kita mengaitkan
pembelajaran sastera tradisional dengan pembentukan atau pembangunan modal
insan bagi golongan pelajar. Sebenarnya sastera merupakan terapi yang paling
berkesan dalam membentuk sikap atau perangai seseorang itu. Jika kita masih
ingat semasa kita kanak-kanak, kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah
binatang atau kisah manusia yang tidak begitu bijak seperti kisah Sang Kancil,
Pak Kaduk, Pak Pandir dan lain-lain lagi dalam bentuk penceritaan yang menarik
dengan tujuan memberikan pengajaran dan nilai-nilai yang terkandung dalam cerita
tersebut.
Bidang
sastera itu sangat meluas. Jika diamati dengan lebih dalam, kita sering sahaja
didedahkan dengan sastera-sastera yang popular dan sering diulang-ulang cerita
yang sama. Oleh sebab itu, saya ingin mengenengahkan satu bentuk sastera
tradisional iaitu sstera berbentuk hikayat yang juga boleh dijadikan sebagai
bahan pembelajaran oleh pelajar untuk diteladi nilai-niai yang terkandung di
dalamnya. Seterusnya memberikan kesedaran yang positif seiring dengan matlamat
oleh kerajaan untuk memupuk modal insan dan memastikan masyarakat pada masa
akan datang merupakan masyarakat yang berdaya maju dan lebih berjaya. Hikayat
yang telah dipilih ialah Hikayat Raja Pasai. Menerusi hikayat ini, pengkajian
dan analisis akan dijalankan bagi mengeluarkan nilai-nilai yang terkandung di
dalam hikayat ini seterusnya dapat disampaikan kepada para pelajar. Secara
tidak langsung dapat membantu para pelajar ke arah pembangunan modal insan
mereka.
Sinopsis
Hikayat Raja Pasai
Hikayat Raja Pasai bermula dengan kisah dua orang
raja yang bersaudara, iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Pada awalnya, mereka
ingin membuka negeri di Samarlangga. Ketika menebas hutan untuk membuka negeri,
Raja Muhammad telah menemui seorang kanak-kanak perempuan dari sebuah pokok
buluh. Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya
sendiri. Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung. Raja Ahmad pula mendapat seorang
anak lelaki yang dijaga oleh seekor gajah. Anak lelaki itu dinamakan Merah
Gajah. Setelah dewasa, Puteri Betung dan Merah Gajah dinikahkan. Mereka
mendapat dua orang anak lelaki yang diberi nama Merah Silau dan Merah Hasum.
Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut
Puteri Betung yang berwarna emas. Dia meminta untuk mencabut rambut itu dari
Puteri Betung tetapi Puteri Betung tidak mengizinkannya. Namun demikian, Merah
Gajah tetap mencabut rambut itu ketika Puteri Betung sedang tidur. Akibat
daripada perbuatan itu, keluarlah darah putih dari kepala Puteri Betung
kemudian beliau meninggal dunia. Apabila diketahui oleh Raja Muhammad, baginda
sangat marah lalu membunuh Merah Gajah. Apabila Raja Ahmad mengetahui bahawa
anaknya dibunuh, baginda terus melancarkan perang terhadap Raja Muhammad.
Akhirnya, kedua-dua raja tersebut menemui ajal dalam peperangan tersebut.
Setelah perang selesai, Merah Silau dan Merah Hasum
bersepakat untuk meninggalkan negeri Samarlangga dan berniat untuk membuka
negeri lain. Merah Silu membuka negeri Samudera. Setelah diislamkan, Merah
Silau menukar namanya menjadi Malikul Saleh. Baginda kemudiannya mengahwini
puteri Sultan Perlak, iaitu Puteri Ganggang. Daripada perkahwinan itu, lahir
seorang anak lelaki yang diberi nama Malikul Tahir. Tampuk pemerintahan diambil
alih pula oleh Malikul Tahil. Setelah baginda mangkat, kedua putera Malikul
Tahir iaitu Malikul Mahmud dan Malikul Mansur yang mengambil alih tugas
bapanya. Malikul Mahmud memerintah Samudera manakala Malikul Mansur memerintah
negeri Pasai. Setelah Malikul Mahmud mangkat, takhta kerajaan jatuh ke tangan
puteranya, Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Pemerintah negeri Pasai diakhiri
oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal kerana berlakunya zaman kejatuhan Pasai.
2.0
ANALISIS / ISI KANDUNGAN
2.1
Nilai Kasih Sayang Terhadap Insan
Lain yang Tiada Tempat Untuk Bergantung
Nilai kasih
sayang merupakan aspek yang terpenting dalam membina diri seseorang insan itu.
Kita harus sedar bahawa kelahiran seseorang itu ke dunia yang fana ini adalah
beraspirasikan perasaan kasih sayang. Jika pupusnya nilai ini dalam diri insan,
kesannya kita boleh lihat pada masa sekrang di mana manusia sanggup menyakiti
orang lain sehinggakan mereka sanggup saling membunuh antara satu sama lain
untuk mendapatkan matlamat masing-masing. Kisah seperti ini juga terkandung di
dalam Hikayat Raja Pasai yang mana aspek nilai kasih sayang boleh diterapkan kepada
pembaca seterusnya memberikan kesan yang positif. Petikan daripada hikayat ini
adalah seperti berikut:
“…maka
hendak diparang oleh Raja Muhammad rebung itu, maka keluar seorang kanak-kanak
perempuan terlalu baik parasnya; maka dibuangkannyalah gedubangnya, lalu segera
diambilnya kanak-kanak itu, [di]dukungnya lalu dibawanya pulang ke rumahnya.
Serta dilihat oleh isteri baginda Raja Muhammad mendukung kanak-kanak itu, maka
segeralah didapatkan oleh isteri baginda lalu disambut.”
(Halaman
1)
Petikan yang
diambil menunjukkan kisah Raja Muhammad yang terjumpa dengan seorang bayi
perempuan di dalam rebung buluh betung. Disebabkan perasaan kasihnya Raja
Muhammad kepada bayi perempuan tersebut, lalu dibawanya bayi perempuan itu
balik ke rumah. Dapat kita lihat nilai baik yang cuba ditonjolkan oleh Raja
Muhammad melalui kisah yang dipaparkan di dalam hikayat ini. Kisah tersebut
boleh dijadikan teladan kepada pembaca khususnya golongan pelajar untuk
mengadaptasi niai tersebut ke dalam diri masing-masing. Kitaa tidak mahu negara
kita mempunyai manusia yang tandus sifat kasih sayang mereka kerana apabila
tiada lagi sifat kasih sayang dalam diri seseorang itu, maka sifat yang
bertentangan daripada sifat kasih asyang itu akan wujud dalam diri, iaitu sifat
kekejaman.
Bersangkutan
dengan hal yang tersebut, banyak perkara yang membimbangkan akan terjadi,
contohnya kegiatan jenayah akan meningkat. Menurut laporan yang dikeluarkan
oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), walaupun kegiatan jenayah di Malaysia
sedikit menurun pada tahun 2013, namun tahap kekejaman yang berlaku adalah
lebih mengerikan. Hal ini menunjukkan nilai kasih sayang dalam diri pelaku
tersebut sememangnya sudah pupus dan mereka sudah tidak mempunyai hati dan
perasaan lagi. Sehubungan dengan itu, begitu pentingnya kita melihat nilai
kasih sayang ini dipupuk ke dalam diri pelajar sejak mereka kecil lagi dan
menggunakan cara sastera merupakan pendekatan yang sangat berkesan bagi
mencapai matlamat tersebut. Usaha yang dijalankan ini harus secara berterusan dan
tidak memisahkan diri mereka dengan sastera untuk diteladani kisahnya.
2.2
Nilai Hormat-menghormati Kepada
Keluarga dan Juga Orang Lain
Selain nilai kasih sayang, nilai
hormat-menghormati juga perlu wujud dalam diri seseorang pelajar itu bagi
membentuk satu personality yang positif. Jika kita hidup pada zaman dahulu,
adat sopan berkaitan dengan soal hormat ini sangat dititikberatkan. Adalah
sangat pantang apabila orang yang lebih muda berkelakuan kurang adap kepada
orang yang lebih tua. Mereka akan dianggap tidak hormat ataupun kurang ajar
kepada orang tua. Namun begitu, nilai hormat-menghormati dalam diri seseorang
itu khususnya pelajar masa sekarang semakin terhakis. Kita sendiri boleh
menilai dengan mata kita sendiri bagaimana perangai anak muda sekarang.
Seharusnya nilai hormat-menghormati ini diwujudkan semula untuk meninggikan
semua kesedaran kita terhadap kepentingan adap, lebih-lebih lagi kita ini
sebagai manusia yang berbangsa Melayu. Nilai hormat-menghormati ini sudah lama
wuwjud dalam masyarakat Melayu dan telah termaktud dalam Hikayat Raja Pasai.
Petikannya adalah seperti berikut:
“Setelah
baginda sampai lalu masuk ke dalam rumah adinda itu, maka adinda pun memberi
hormat kepada kakanda itu berpesilakan duduk. Maka baginda pun duduk duduklah
dua laki isteri dan adinda pun duduklah mengadap dua laki isteri.”
(Halaman
2)
Jika diselusuri
dengan lebih dalam petikan di atas, kisah di atas menunjukkan adinda iaitu Raja
Muhammad dan kakandanya iaitu Raja Ahmad. Kedua-dua orang ini adalah raja
kepada kerajaan masing-masing. Kedudukan kedua-dua orang ini adalah setara,
walau bagaimanapun nilai hormat yang ada dalam diri Raja Muhammad kepada
abangnya iaitu Raja Ahmad membuatkan Raja Muhammad meberi hormat kepada Raja
Ahmad. Kisah yang lebih lanjut dalam peristiwa ini, Raja Muhammad dan isterinya
melayan Raja Ahmad dan isterinya dengan baik sekali semasa mereka berkunjungkan
ke istananya. Apa yang dapat dikeluarkan berdasarkan peristiwa ini adalah nilai
hormat-menghormati tersebut. Kita sebagai orang Melayu yang sudah lama terkenal
dengan sifat adap sopan serta penuh dengan nilai hormat tetapi kini kian
terhakis.
Melalui
pembelajaran pelajar terhadap Hikayat Raja Pasai ini, kisah-kisah yang
berkaitan dengan nilai hormat-menghormati seperti yang ditonjolkan dalam
petikan di atas banyak dapat ditemui seterusnya sering mengingatkan kepada
pelajar yang membacanya untuk bersikap hormat-menghormati kepada sesiapa sahaja
yang berada di dalam kalangan mereka. Nilai hormat ini sangat-sangat ditekankan
kerana pada masa sekarang pelajar sangat terdedah dengan soal hormat ini.
Contohnya pada masa dahulu, pelajar sangat takut dan hormat kepada guru kerana
guru orang yang memberi ilmu kepada mereka. Tetapi pada hari ini dapat kita
lihat ada pelajar yang sanggup bersikap kurang ajar kepada guru dan apa yang
lebih menyedihkan ada pelajar yang tergamak bersikap kurang ajar kepada
kedua-dua ibu bapanya sendiri. Maka, dengan kesedaran ini, nilai
hormat-menghormati yang boleh diperoleh berdasarkan pembacaan ini diharap dapat
menyentuh jiwa nurani pelajar untuk menanamkan sifat hormat-menghormati dalam
diri masing-masing.
2.3 Tidak
Berputus Asa Dalam Menempuhi Ranjau Kehidupan
Kita sudah maklum bahawa hidup di
dunia ini penuh dengan cabaran dan rintangannya. Sejak dari kecil lagi kita
sudah mempunyai keinginan untuk mencapai atau memiliki sesuatu. Namun setiap
apa yang kita inginkan itu semestinya mempunyai cabarannya tersendiri untuk
ditempuhi. Setaip orang mempunyai datangnya daripada latar belakang yang
berbeza, ada yang datang daripada golongan yang sederhana dan ada juga datang
daripada golongan sederhana ataupun miskin. Walau dari mana pun datangnya
seseorang itu, mereka tentunya akan mempunyai cabarannya yang tersendiri dan
masing-masing juga akan menggunakan pendekatannya yang tersendiri untuk
mengatasi cabaran yang datang menghadap tersebut. Pengajaran yang boleh pelajar
curi dalam mengatasi cabaran atau halangan tersebut ada di dalam Hikayat Raja
Pasai dan kisah tersebut berbunyi seperti berikut:
“Maka
segala orang dalam negeri itu pun dengaranlah akan Merah Silau itu. Maka kata segala orang dalam
negeri itu, ‘Binatang apa dibawa ini; jikalau demikian janganlah tuan-tuan
duduk berama-sama dengan kami.’ Setelah Merah Silau menegar kata mereka
sekalian, maka kata Merah Silau, ‘Hai segala tuan-tuan dalam negeri ini,
sabarlah tuan-tuan dahulu sementara hamba mencari tempat duduk.”
(Halaman
8)
Petikan di atas
menyoroti peristiwa di mana Merah Hasum menggunakan tipu helah untuk mengusir
keluar Merah Silau daripada tanah jajahan Merah Hasum. Setelah dihalau keluar
negeri, Merah Silau terpaksa merantau ke tempat-tempat lain untuk mencari
kawasan baharu untuk didiami. Dalam perjalanannya, Merah Silau terpaksa
menghadapi pelbagai dugaan seperti tidak diterima oleh orang setempat apabila
dia baru sahaja mahu menetap di sesuatu kawasan kerana dia membawa kerbau yang
banyak dan kerbau itu telah merosakkan banyak tanaman orang kampung. Merah
Silau tidak putus asa untuk meneruskan perjalanan mencari tempat baharu. Dengan
menggunakan kebijaksanaan dia dan sikap tidak berputus asa dia, akhirnya dia
berjaya mendapatkan tempat baharu dan yang lebih penting dia juga diangkat
menjadi raja di kawasan baharunya itu.
Sikap seperti
inilah yang perlu ada dalam diri pelajar. Kita harus ingat, orang yang gagal
akan mempelajari perkara yang baharu untuk berjaya. Hal ini disebabkan mereka
yang gagal ini sudah mengetahui cara betul untuk berjaya dan tidak lagi
menggunakan cara yang salah kerana mereka sudah mempunyai pengalaman. Perkara
ini akan berlaku apabila seseorang pelajar itu tidak berputus asa. Namun,
perkara lain akan berlaku jika berputus asa. Pelajar yang berputus asa tidak
akan memjumpai jalan penyelesaian yang lain kerana mereka akan berhenti pada
suatu jalan sahaja setelah mereka jalan. Pelajar seperti biasanya akan gagal
pada masa hadapan kerana tanggungjawab sebagai seorang pelajar sebenarnya belum
cukup besar berbanding apabila mereka sudah bekerja kelak lebih-lebih lagi
apabila mereka memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak mereka
kelak. Oleh itu, tanamkan dalam diri dan selalu katakan pada diri sendiri
bahawa kita boleh dan kita mampu menhadapi segala onak duri kehidupan.
2.4 Nilai
Keagamaan Diamalkan Dalam Kehidupan Seharian
Sebagai manusia yang hidup di dunia
ini, manusia bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu selagi mereka
mampu untuk melakukannya. Namun bagi sesetengah manusia, mereka dihalangi atau
terbatas melakukan segala perkara yang ada di atas dunia ini kerana mereka
takut ada kuasa yang lebih besar akan memberikan pembalasan ke atas mereka yang
melakukan perkara yang dihalang tersebut. Batasan tersebut boleh kita sebutkan
sebagai agama. Dan yang paling dekat dengan kita sebagai orang Melayu adalah
agama Islam. Pegangan agama yang kuat sedikit sebanyak mampu menghindarkan diri
kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Nilai keagamaan ini
juga ada diselitkan di dalam Hikayat Raja Pasai di mana peristiwa Merah Silau bermimpi bertemu dengan
Nabi Muhammad S.A.W. dan di dalam mimpi itu Merah Silau telah diislamkan oleh
baginda nabi sendiri. Merah Silau kemudiannya bertukar panggilan kepada nama
Sultan Malikul Saleh. Peristiwa yang lainnya boleh dilihat berdasarkan petikan
di bawah:
“Maka
pada keesokan harinya datanglah fakir itu
membawa Quran tiga puluh juz itu kepada Sultan Malikul Saleh; maka
diunjukkannya oleh fakir itu Quran kepada
Sultan Malikul Saleh; maka disambutnya dengan | takzim lalu dijunjungnya
* serta dibukanya lalu dibacanya, tiadalah ia minta ajari lagi, tahulah ia
membaca dia sendirinya; maka fakir dan Syekh Ismail pun keduanya mengucap,
‘Al-hamduli’lllahi Rabbi’l-alamin’.”
(Halaman
13)
Peristiwa di
atas boleh disimpulkan sebagai kita khusunya pelajar sebagai umat Islam
mestilah meluangkan masa untuk membaca al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya
satu halaman. Hal ini disebabkan pelajar sebagai orang Islam berpegang kepada
dua perkara sahaja iaitu al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan hidup kita
seperti yang diingatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sendiri. Al-Quran bukan
sahaja perlu dibaca tetapi perlu juga difahami isinya kerana tujuan membaca
al-Quran adalah untuk pelajar teladani dan diamalkan isi kandungannya. Banyak
ilmu yang akan diperoleh apabila pelajar benar-benar memahami al-Quran. Ilmu
yang diperoleh tersebut pula selain diamalkan oleh pelajar itu sendiri, adalah
lebih baik dikongsi juga kepada orang lain yang mungkin belum mengetahuinya dan
pelajar itu sendiri harus mengambil tanggungjawab untuk sentiasa
berpesan-kepada yang baik. Dalam Hikayat Raja Pasai juga ada menceritakan berkenaan kisah berpesan-pesan kepada
kebaikan dalam konteks agama Islam. Berikut petikan yang menunjukkan kisah
Islam berkaitan ‘Mengajak kepada kebaikan, menegah kepada keburukan’:
“…’Hai
cucuku kedua, ketahuilah oleh kamu, karnan aku ini sakit sangat, rasanya
hampirlah hkum Allah taala akan daku berpindah daripada negeri yang fana ke
negeri yang baka it: adapunpeninggalku* ini baik-baik kamu kedua memelihara
pekerjaan [al-]amr bi’l ma’ruf wa [‘l]-nahy ‘an-munkar. Sebermula | jangan kamu
banyak tamak akan arta dunia, karna dunia ini tempat segala yang maghrur dan
jangan sangat kamu ini…”
(Halaman
21)
Semua makhluk di
dunia ini tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh sebab itu sikap
berpesan-pesan itu sangat dituntut dalam Islam. Hal ini dsebabkan mungkin di
antara pelajar itu mempunyai ilmu yang lebih dan pelajar tersebutlah seharusnya
memainkan peranan untuk mengingatkan atau menyampaikan ilmu yang baik kepada
rakan-rakanya supaya sikap positif akan terus dapat disemai. Walaupun ada
pepatah Melayu yang menyebut ‘jaga tepi kain sendiri’, sebenarnya tidak salah
juga pepatah ini digunakan. Pepatah ini lebih sesuai jika maknanya diberikan
kepada perbuatan mengumpat atau mengata seseorang di atas kesalahan yang telah
dilakukannya. Perbuatan mengumpat kadang-kala boleh membawa kepada perbuatan
fitnah dan fitnah merupakan perbuatan yang sangat keji dalam agama Islam. Oleh
sebab itu, walau apa pun yang terjadi, kita semua khususnya kepada golongan
pelajar mesti mengamalkan sikap berpesan-pesan kepada kebaikan supaya kita
dapat mengingatkan orang lain selain mengingatkan diri kita sendiri bahawa kita
sebenarnya mempunyai tanggungjawab kita sebagai makhluk kepada penciptaNya.
Kita harus sedar, nilai keagamaan inilah setinggi-tinggi martabat seseorang itu
dalam menentukan seseorang itu mempunyai modal insane yang berkualiti ataupun
tidak.
3.0
PENUTUP
Pembangunan
modal insan dalam setiap diri individu seharusnya diterapkan dengan baik supaya
dapat melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang utuh. Setiap insan
cenderung ke arah kebaikan kerana setiap insan lahir ke dunia dengan fitrah
yang sesuai dan sempurna manakala unsur kejahatan yang hadir dalam diri setiap
insan berpunca daripada pengaruh yang muncul daripada pendidikan dan
persekitaran. Maka tanggungjawab harus diambil oleh setiap individu untuk
menerapkan nilai insan yang membentuk kepada modal insan tersebut. Hal ini
disebabkan setiap insan itu sendiri yang menentukan peranannya dalam kalangan
masyarakat dan individu itu sendiri juga yang menempatkan diri mereka sebagai
orang yang berguna atau mempunyai fungsi
dalam membentuk suatu masyarakat itu.
Secara
kesimpulannya, ciri-ciri modal insan bagi generasi yang mempunyai kepakaran dan
mengikut ajaran agama dan generasi yang celik sejarah dalam novel tersebut
seharusnya dijadikan contoh kepada kita. Kajian ini telah memberikan saya
pengalaman dan pengetahuan baru terhadap perkaitan ciri-ciri modal insan dengan
petikan-petikan yang terkandung dalam Hikayat Raja Pasai ini. Kajian ini juga
meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya terutamanya tentang nilai
sebuah perjuangan tokoh-tokoh pejuang tanah air dahulu. Kini, saya sudah
memahami dengan jelas mengenai ciri-ciri modal insan dan akan cuba
mempraktikkannya menerusi hikayat lain pula.
Bibliografi
Russell Jones (Eds) (1997). Hikayat raja pasai. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ding Choo Ming (2009). Kajian manuskrip Melayu: masalah, kritikan,, dan cadangan. Selangor:
Utusan Publication & Distributors.
Assalamualaikum. Penulisan anda sangat menarik apabila mengaitkan unsur modal insan dalam karya melayu lama yang semakin dilupakan oleh masyarakat umum. Terbaik dan teruskan usaha :)
ReplyDelete