Selamat Datang Ke Blog Kami =)

ayat bergerak

MARI MENYELUSURI KEAGUNGAN SEJARAH LAMPAU BERSAMA KAMI =)

Thursday, March 27, 2014

Pengertian Adat dan Istiadat


 Pengertian Adat dan Istiadat

Menurut kamus dewan edisi keempat, adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun temurun sejak dahulukala di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan. Tetapi dalam konteks masyarakat Melayu, perkataan adat membawa erti yang lebih luas dan salah satunya adalah seperti definisi yang telah diberikan. M. B Hooker dalam HarunDaud, 1989, mengakui bahawa istilah adat mempunyai banyak makna dalam masyarakat Melayu. Antaranya, adat meliputi budi bahasa atau tatatertib, perlakuan yang wajar, sesuatu keadaan yang lazim dan undang-undang. H.M. Sidin, (1964) pula berpendapat bahawa adat bermaksud satu kebiasaan daripada satu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh masyarakat sebagai satu peraturan hidup yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Abdullah Siddik, (1975) pula mengatakan bahawa adat tidak dapat dipisahkan daripada tatasusila yang membataskan perlakuan baik buruk anggota masyarakat, dan adat melitupi hukum yang terdiri daripada norma-norma. Mohd. Din Ali dalam HarunDaud, 1989 pula mengatakan, adat adalah sebuah institusi yang membentuk undang-undang, Mengatur norma-norma sosial, politik dan mencorakkan perlembagaan bagi pemerintah. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat diringkaskan bahawa adat meliputi undang-undang dan larangan diraja yang melibatkan hukuman ke atas pelanggar-pelanggarnya.
     
      Istiadat pula menurut kamus dewan edisi keempat, membawa maksud peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, atau resam. Pengertian istiadat ini mempunyai kaitan dengan adat. HarunDaud, 1989 berpendapat istiadat ini meliputi aturan negeri dan peraturan dam sesuatu upacara. Jadi apabila kita menyebut adat istiadat, maka ia membawa dua maksud iaitu berbagai-bagai adat dan upacara termasuk peraturan pelaksanaannya. Sehubungan dengan itu, istiadat berbeza dengan undang-undang kerana istiadat ini boleh dikatakan tidak melibatkan hukuman atau denda tertentu, (HarunDaud , 1989). Berikut merupakan jadual klasifikasi adat yang melibatkan hukuman dan tidak melibatkan hukuman:

Adat yang melibatkan hukuman
Adat yang tidak melibatkan hukuman
Undang-undang
1.      Derhaka
2.      Menggunakan hak raja tanpa izin, seperti mengambil gundik baginda.
3.      Merancang untuk merampas kuasa atau seumpamanya.
4.      Membunuh tanpa izin.
5.      Tidak mengadap raja pada hari-hari tertentu.
6.      Biadab kepada raja atau wakilnya.
7.      Mencuri.
8.      Mengambil harta orang lain.
9.      Membuat fitnah.
10.  Mengambil isteri orang.

Larangan Diraja
1.      Memakai kain kuning.
2.      Membuat rumah dengan bentuk tertentu.
3.      Membuat perahu dengan kelengkapan tertentu.
4.      Memakai perhiasan emas.
5.      Memakai keris tertentu.
6.      Menggunakan payung putih dan kuning.

Aturan Negeri
1.      Negeri kalah raja mati.
2.      Perlantikan raja mengikut keturunan melalui wasiat.
3.      Susun tempat duduk menjunjung duli.
4.      Peraturan menghadap raja.
5.      Mengarak sejadah ke masjid.
6.      Peraturan semasa raja berangkat.
7.      Aturan pengurniaan gelaran.






Istiadat (Upacara)
1.      Perkahwinan.
2.      Melenggang perut.
3.      Menyambut kelahiran anak.
4.      Bertindik dan berkhatan.
5.      Kematian/pengebumian
6.      Perlantikan dan pertabalan raja.
Jadual 1 : Adat Istiadat Masyarakat Melayu,

(Sumber : HaronDaud 149 : 1989)

6 comments: